Sunday, January 16, 2011

Kenangan Terindah~~~

Sekian lama sudah kita tidak berjumpa. Memang selama ini aku berharap sangat dapat berjumpa dengan kau. Alhamdulillah, walaupun secara tidak sengaja, kita ditakdirkan bertemu kembali. Lain yang di cari, lain pula yang di jumpa.

Ketika aku masuk ke kedai dan memandang muka kau, terdetik di dalam hati yang kita pernah berkenal dahulu. Arhhhh, biar la, mungkin hanya perasan aku semata2. Sehinggalah, kau menyoal aku. “aktif lagi bersukan?”. Barulah teguh perasaan ku yang kita pernah berkenalan dahulu. Secara tidak sengaja, tiba2 sahaja perasan ku menjadi gementar. Sah la ni..

Walaupun hampir tujuh tahun kita tidak pernah bersua, kau masih tetap mengenali diri aku. Maafkan aku dahulu kerana membuatkan kau kecewa. Tidak terdetik sedikit pun di hatiku ini untuk meninggalkan kau. Kalaulah ada masa yang panjang bersama kau, akan ku cerita segala2 nya kepada kau. Benda yang kau berikan kepada ku masih lagi ku simpan dan ada satu benda yang membuatkan aku akan ingat kepada kau sampai bila2.

Tapi, segala2 nya sudah terlambat. Untuk berbalik kepada kau mungkin menjadi satu yang mustahil bagi aku. Apabila melihat sesuatu yang ada pada diri kau, cukuplah untuk membuatkan aku tidak akan berbalik lagi kepada kau.

Cukuplah. Biarlah segala2 nya berlaku. Yang lepas itu hanyalah tinggal sejarah dan jadikan ia sebagai satu pengajaran pada masa yang akan datang. Semoga kau berbahagia dengan hidup kau sekeluarga. Insyallah…

Peristiwa yang akan menjadi catatan sejarah hidupku………………..

1 comment:

  1. syed, follow blog aku..aku dah follow blog kau..hahaha..wajib..http://www.shelterkuundercendawan.blogspot.com/

    ReplyDelete