Sunday, November 21, 2010

Renungan bersama.....

Pejam celik pejam celik, tak sangka umur aku dah mencecah 20 tahun. Kadang2 macam tak percaya. Tapi itulah hakikat yang perlu aku terima. Sejak dari bangku sekolah sehinggalah aku menjejak kaki ke universiti. Banyak pengalaman yg aku dapat, baik yang manis mahupun yg pahit.. arghhhh, alangkah seronoknya kalau dunia ini boleh berpusing balik. Ramai kawan2 yg aku menghilang, kalau dahulu boleh keluar bersama, makan bersama, main bola bersama tapi sekarang hanya tinggal kenangan silam. Kepada kawan2ku yg mengenali aku, aku doakan semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. Tapi, itulah hakikat hidup sebagai kawan, percayalah kawan tidak akan kekal selamanya, hanya yang akan kekal adalah sahabat, sahabat sejati. Seperti sahabat2 Rasulullah SAW ( Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, saidina Uthman, dan Saidina Ali).


Kalau dahulu, makan minumku dijaga oleh mak dan ayah, tapi bila dah masuk ke alam universiti segala2nya diatur sendiri. Paling terasa sekali masa deman, kalau di rumah tu bolehlah mak dan ayah tengok2kan, tapi apabila di kolej tak ada siapa yg nak peduli. Kawan2 pun sekadar menjenguk sahaja. Almaklum, kita pun tak boleh salahkan mereka, commitment study tu penting. Apabila terkenang kisah ni, bersyukurnya aku masih dikurniakan nikmat bersama mak dan ayah. Aku mendoakan semoga mak dan ayahku ditempatkan dikalangan orang yg soleh dan soleha. Kepada yg membaca ni, marilah kita sama2 muhasabah diri. Sungguh besarnya jasa mak ayah kita kepada kita. YA ALLAH,KAU AMPUNKAN LAH SEGALA DOSA MAK DAN AYAHKU, SUNGGUH BESAR JASA BELIAU KEPADA KU, KAU PELIHARALAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MEMELIHARA AKU SEMASA KECIL SEHINGGA AKU DEWASA, DAN KAU TEMPATKAN LAH MEREKA DIKALANGAN ORANG YG BERIMAN.


Hari demi hari, masa demi masa, semakin lanjut usiaku. Kadang2 terpikir juga masa depan ku, macam manalah keadaan ku di masa hadapan nanti, bagaimanalah nasib ku. Apa pekerjaan ku, siapa teman hidup ku, dan sampai bilakah hayat umur ku. Hanya ALLAH sahaja yg tahu. Kita sebagai hamba ALLAH hanya memohon kepadanya. Sesungguhnya kau sahaja yg maha berkuasa, kau sahaja yg maha mengetahui segala2nya. Aku sebagai khalifah di muka bumi ini hanya memohon kepadamu, semoga kau berkatilah hidupku, semoga hidupku ini diterima oleh mu di dunia dan diakhirat kelak.

No comments:

Post a Comment